Sunday, November 4, 2012

penulisan kreatif


Bapaku,
Seorang yang gigih berusaha,
Lebih 10 dekad lamanya,
Berulang-alik menjadi rutinnya,
Hariannya bekerja,
Mingguannya bersama keluarga,
Sanggup berjauhan dengan isteri,
Seorang di barat, seorang si selatan,
Hanya untuk mencari rezeki,
Kasih sayang masih utuh di antara kami walaupun berjauhan.
Kini, kami berlima hidup bersama,
Di bawah satu bumbung,
Melakukan aktiviti bersama,
Dan berkongsi rasa bersama,
Itulah kebahagiaan yang sebenar.

ENTRI 4 : Kenal pasti suatu isu politik semasa luar negara. Bincangkan.


Setiap negara akan ada isu politik tersendiri. Baik di Asia Tenggara mahupun negara barat. Isu politik yang sedang hangat diperkatakan sekarang adalah tentang pemilihan perdana menteri di Amerika Syarikat. Samaada rakyat mahu mengekalkan Barack Obama ataupun pencabar terdekatnya Mitt Romney.

Antara Obama dan Romney masing-masing ada pengikut masing-masing dan tetap akan terus menyokong walau apa pun keputusan pilihan raya itu nanti.

Melihat kepada kepimpinan Obama 4 tahun yang lepas, kepimpinan Obama boleh dianggap lebih Berjaya berbanding dengan Presiden Amerika Syarikat yang dahulu, George W. Bush. Obama dilihat sebagai seorang kulit hitam yang mewakili golongan sederhana dan susah. Disebabkan itu, banyak dasar Obama seperti fahaman liberalisme dan Parti Demokratik adalah memihak kepada golongan pertengahan dan rendah.

Romney pula dilihat sebagai seorang kulit putih yang mewakili golongan elit dan kelas menengah. Romney seorang yang kaya raya dan Berjaya dalam bidang perniagaan dapat dilihat mampu memperbaiki ekonomi negara dengan dokongan jutawan Amerika.

Perbezaan terjadi apabila Romney menawarkan dasar untuk lebih mengutamakan golongan elit. Berbeza dengan Obama yang lebih mahukan pekerja-pekerja biasa digunakan. Bagi Romney, jika rakyat mahukan kehidupan seperti 4 tahun dulu, bolehlah pilih Obama. Tetapi, jika rakyat mahukan sesuatu yang lain, rakyat berhak memilih Romney.

Menurut pandangan saya pula, Cara Romney dianggap akan mengkayakan orang yang telah tersedia kaya. Tetapi, itu tidak ada salahnya jika orang yang sederhana dapat menaikkan taraf hidup mereka. Untuk debat yang pertama pada 3 Oktober lalu, Romney telah meraih 60% sokongan. Dan untuk debat yang kedua, Romney hanya Berjaya meraih 39% sahaja berbanding Obama 46%. Dan sama-samalah kita saksikan pada 6 November ini, siapa yang akan menjadi presiden Amerika Syarikat yang baru, sama ada Obama masih kekal atau pun Romney yang akan mengambil alih.
(277 patah perkataan)

Monday, October 15, 2012

anda, kovokesyen dan pesta konvokesyen


Konvokesyen diadakan adalah untuk meraikan para graduan yang telah berjaya menamatkan pembelajaran di menara gading. Majoriti semua institusi pengajian tinggi mengadakan hari konvokesyen. Konvokesyen di Universiti Utara Malaysia diadakan setahun sekali sahaja dan mempunyai dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Semasa hari konvokesyen diadakan, ramai ibubapa hadir untuk melihat kejayaan anak mereka dan berkongsi hari bersejarah itu bersama-sama, tidak kira yang menetap di Sabah, Sarawak mahupun di semenanjung. Manakala pesta konvokesyen begitu sinonim dengan hari konvokesyen. Ibarat, tidak meriah hari konvokesyen tanpa pesta konvokesyen. Pesta konvokesyen pula diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mmencari pendapatan sampingan disamping memudahkan pengunjung untuk mendapatkan keperluan mereka seperti bunga, makanan dan minuman. Secara tidak langsung pesta konvokesyen dapat memeriahkan lagi suasana.
Daripada apa yang saya lihat, konvokesyen wajar diadakan dua kali setahun. Ini kerana, graduan yang mengambil jurusan tiga tahun dapat menghadiri konvokesyen lebih awal berbanding graduan jurusan empat tahun. Tambahan pula jika dibuat dua kali setahun, ianya dapat dilakukan pada hari minggu. Ini lebih menyenangkan graduan kerana tidak perlu memohon cuti. Dikhuatiti jika dilakukan pada hari biasa, graduan sukar untuk memohon cuti. Bukankah setiap kejayaan perlu keraian sebagai perangsang untuk terus maju pada masa hadapan.
Selain bunga, pesta konvokesyen harus dipenuhi dengan pesta jualan buku. Dengan adanya pesta buku pengunjung boleh mendapatkan sesuatu yang bermanfaat melalui aktiviti tersebut. Ini juga dapat member impak positif dalam menaikkan nama university sebagai pusat ilmu.
Pesta konvokesyen selalunya akan dihidangkan dengan konsert dan para artis jemputan yang terkemuka oleh penganjur. Ini sebenarnya memberi impak yang negative terhadap segelintir ibubapa yang merasakan konsert-konsert sedemikian akan mendekatkan anak-anak mereka kea rah aktiviti maksiat dan boleh merosakkan minda anak-anak muda. Seeloknya aktiviti tersebut tidak dilakukan berlebihan kerana dikhuatiri akan melalaikan pelajar.
Kesimpulannya, tahniah diucapkan kepada graduan yang telah berjaya menggenggam segulung ijazah. Di harap semoga produk yang lahir dapat melalui pengalaman yang diperolehi daripada university dapat diaplikasi di alam pekerjaan.

(313 patah perkataan)

Monday, October 1, 2012

kemahiran lain yang perlu kuasai dan sebab-sebabnya



Jumlah pengangguran di negara kita saban hari semakin meningkat. Hari ini pengaggur yang ada di Malaysia bukannya tidak berpelajaran malah terdiri daripada lepasan universiti. Untuk memasuki alam pekerjaan sijil akademik sahaja tidak cukup. Malah kemahiran juga dititikberatkan untuk membezakan antara setiap calon. Apabila kita tidak dapat menguasai kemahiran dengan baik, secara tidak langsung kita tidak akan dapat beraksi cemerlang dalam kerjaya kita.

Terdapat banyak kemahiran yang kita perlu kuasai, antaranya dalam bidang komunikasi. Ini penting kerana, apabila kita bercakap dengan pihak lain, maklumat yang hendak kita sampaikan itu jelas dan tidak mengelirukan pihak lain. Agar maklumat tersebut tidak bercanggah antara satu sama lain. Selain daripada itu, menguasai bahasa inggeris juga perlu dan apabila kita dapat bertutur dengan bahasa asing merupakan satu bonus untuk kita.

Kemahiran yang kedua yang perlu dikuasai untuk menghadapi alam kerjaya adalah tahap keyakinan dalam diri. Kebanyakan pelajar sekarang sering berasa tidak yakin terhadap diri sendiri dan malu untuk bersuara. Jika kita sendiri tidak yakin akan diri kita, bagaimana kita hendak menyuruh orang lain untuk yakin pada kita? Sekiranya kita mempunyai tahap keyakinan yang tinggi, kerja yang kita buat akan berjalan dengan lancar.

Kemahiran yang seterusnya adalah kepimpinan. Hendaklah diingatkan apabila kita memasuki alam pekerjaan, kita bukan hanya bekerja dengan diri sendiri malah kita akan bekerja secara berkumpulan dan akan melibatkan ramai orang. Oleh sebab itu sikap kepimpinan perlu ada supaya orang akan yakin untuk berkerjasama dengan kita. Selain itu, kita akan rasa lebih bertanggungjawab akan tugas yang diberikan pada kita dan sentiasa ingin melakukan yang terbaik.

Kesimpulannya, apabila kita dapat menguasai kemahiran-kamahiran ini, ia boleh mendorong kita melakukan pekerjaan dengan lebih berkesan. Ini kerana kemahiran ini boleh membangunkan karektar dan menentukan kemampuan seseorang dalam menyiapkan tugasnya.


(280 patah perkataan)

Saturday, September 22, 2012

Kemerdekaan Malaysia, Janji Ditepati


Merdeka membawa maksud kebebasan. Kebebasan daripada sebarang jajahan. Negara kita Malaysia, telah merdeka daripada sebarang jajahan seperti British, Belanda, Portugis dan Jepun. Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957.

Pada tahun ini, 2012, genap 55 tahun negara kita telah mencapai kemerdekaan. Tema ‘Janji Ditepati’ telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55. Tema ini dipilih berikutan selama 55 tahun di bawah 6 menteri, semua janji asas prasarana telah tercapai. Termasuklah perundangan, pendidikan, perdagangan dan pembangunan Bandar dan luar Bandar.

Mengimbas kembali 55 tahun sebelum merdeka, malam merdeka merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh Rakyat Jelata apabila bendera Union Jack telah diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan. Itu menandakan telah berakhirnya penjajahan British di tanah melayu.

Keesokkan harinya, pada 31 Ogos 1957 bertempat di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah melaungkan ‘Merdeka!’ sebanyak 7 kali dan diikuti laungan rakyat jelata. Dan peristiwa bersejarah ini telah disaksikan oleh 20,000 rakyat persekutuan Tanah Melayu dan raja-rajanya dan juga perwakilan daripada 30 negara Komanwel.

Hasil daripada kemerdekaan itu, rakyat Malaysia cukup menitikberatkan soal perpaduan antara kaum sehinggalah pada tahun 2011, Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memperkenalkan tema ‘1 Malaysia’. 1 Malaysia ini melambangkan rakyat Malaysia yang bersatu hati tidak mengira kaum dan bangsa.

Menurut Dato’ Seri Najib Tun Razak, sekiranya mahukan Negara yang aman, stabil dan makmur, rakyat mesti berjanji untuk menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran.


Kesimpulannya, selepas negara menjangkau kemerdekaan, negara kita menikmati pelbagai aspek pembangunan, kemudahan dan modenisasi. Kini, Malaysia telah menjadi sebuah Negara yang aman dan berdaulat setaraf dengan negara-negara lain di dunia.


(268 patah perkataan)