Jumlah pengangguran di negara kita saban hari
semakin meningkat. Hari ini pengaggur yang ada di Malaysia bukannya tidak
berpelajaran malah terdiri daripada lepasan universiti. Untuk memasuki alam
pekerjaan sijil akademik sahaja tidak cukup. Malah kemahiran juga
dititikberatkan untuk membezakan antara setiap calon. Apabila kita tidak dapat
menguasai kemahiran dengan baik, secara tidak langsung kita tidak akan dapat
beraksi cemerlang dalam kerjaya kita.
Terdapat banyak kemahiran yang kita perlu kuasai,
antaranya dalam bidang komunikasi. Ini penting kerana, apabila kita bercakap
dengan pihak lain, maklumat yang hendak kita sampaikan itu jelas dan tidak
mengelirukan pihak lain. Agar maklumat tersebut tidak bercanggah antara satu
sama lain. Selain daripada itu, menguasai bahasa inggeris juga perlu dan
apabila kita dapat bertutur dengan bahasa asing merupakan satu bonus untuk
kita.
Kemahiran yang kedua yang perlu dikuasai untuk
menghadapi alam kerjaya adalah tahap keyakinan dalam diri. Kebanyakan pelajar
sekarang sering berasa tidak yakin terhadap diri sendiri dan malu untuk
bersuara. Jika kita sendiri tidak yakin akan diri kita, bagaimana kita hendak
menyuruh orang lain untuk yakin pada kita? Sekiranya kita mempunyai tahap
keyakinan yang tinggi, kerja yang kita buat akan berjalan dengan lancar.
Kemahiran yang seterusnya adalah kepimpinan.
Hendaklah diingatkan apabila kita memasuki alam pekerjaan, kita bukan hanya
bekerja dengan diri sendiri malah kita akan bekerja secara berkumpulan dan akan
melibatkan ramai orang. Oleh sebab itu sikap kepimpinan perlu ada supaya orang
akan yakin untuk berkerjasama dengan kita. Selain itu, kita akan rasa lebih
bertanggungjawab akan tugas yang diberikan pada kita dan sentiasa ingin
melakukan yang terbaik.
Kesimpulannya, apabila kita dapat menguasai
kemahiran-kamahiran ini, ia boleh mendorong kita melakukan pekerjaan dengan
lebih berkesan. Ini kerana kemahiran ini boleh membangunkan karektar dan
menentukan kemampuan seseorang dalam menyiapkan tugasnya.
(280 patah
perkataan)
No comments:
Post a Comment