Merdeka membawa maksud kebebasan. Kebebasan daripada
sebarang jajahan. Negara kita Malaysia, telah merdeka daripada sebarang jajahan
seperti British, Belanda, Portugis dan Jepun. Negara kita telah merdeka pada 31
Ogos 1957.
Pada tahun ini, 2012, genap 55 tahun negara kita
telah mencapai kemerdekaan. Tema ‘Janji Ditepati’ telah dipilih sebagai tema
sambutan Hari Kemerdekaan ke-55. Tema ini dipilih berikutan selama 55 tahun di
bawah 6 menteri, semua janji asas prasarana telah tercapai. Termasuklah
perundangan, pendidikan, perdagangan dan pembangunan Bandar dan luar Bandar.
Mengimbas kembali 55 tahun sebelum merdeka, malam
merdeka merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh Rakyat Jelata apabila bendera
Union Jack telah diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan. Itu
menandakan telah berakhirnya penjajahan British di tanah melayu.
Keesokkan harinya, pada 31 Ogos 1957 bertempat di
Stadium Merdeka Kuala Lumpur, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah melaungkan
‘Merdeka!’ sebanyak 7 kali dan diikuti laungan rakyat jelata. Dan peristiwa
bersejarah ini telah disaksikan oleh 20,000 rakyat persekutuan Tanah Melayu dan
raja-rajanya dan juga perwakilan daripada 30 negara Komanwel.
Hasil daripada kemerdekaan itu, rakyat Malaysia
cukup menitikberatkan soal perpaduan antara kaum sehinggalah pada tahun 2011,
Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memperkenalkan
tema ‘1 Malaysia’. 1 Malaysia ini melambangkan rakyat Malaysia yang bersatu
hati tidak mengira kaum dan bangsa.
Menurut Dato’ Seri Najib Tun Razak, sekiranya
mahukan Negara yang aman, stabil dan makmur, rakyat mesti berjanji untuk
menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran.
Kesimpulannya, selepas negara menjangkau
kemerdekaan, negara kita menikmati pelbagai aspek pembangunan, kemudahan dan
modenisasi. Kini, Malaysia telah menjadi sebuah Negara yang aman dan berdaulat
setaraf dengan negara-negara lain di dunia.
(268 patah perkataan)