Monday, October 15, 2012

anda, kovokesyen dan pesta konvokesyen


Konvokesyen diadakan adalah untuk meraikan para graduan yang telah berjaya menamatkan pembelajaran di menara gading. Majoriti semua institusi pengajian tinggi mengadakan hari konvokesyen. Konvokesyen di Universiti Utara Malaysia diadakan setahun sekali sahaja dan mempunyai dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Semasa hari konvokesyen diadakan, ramai ibubapa hadir untuk melihat kejayaan anak mereka dan berkongsi hari bersejarah itu bersama-sama, tidak kira yang menetap di Sabah, Sarawak mahupun di semenanjung. Manakala pesta konvokesyen begitu sinonim dengan hari konvokesyen. Ibarat, tidak meriah hari konvokesyen tanpa pesta konvokesyen. Pesta konvokesyen pula diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mmencari pendapatan sampingan disamping memudahkan pengunjung untuk mendapatkan keperluan mereka seperti bunga, makanan dan minuman. Secara tidak langsung pesta konvokesyen dapat memeriahkan lagi suasana.
Daripada apa yang saya lihat, konvokesyen wajar diadakan dua kali setahun. Ini kerana, graduan yang mengambil jurusan tiga tahun dapat menghadiri konvokesyen lebih awal berbanding graduan jurusan empat tahun. Tambahan pula jika dibuat dua kali setahun, ianya dapat dilakukan pada hari minggu. Ini lebih menyenangkan graduan kerana tidak perlu memohon cuti. Dikhuatiti jika dilakukan pada hari biasa, graduan sukar untuk memohon cuti. Bukankah setiap kejayaan perlu keraian sebagai perangsang untuk terus maju pada masa hadapan.
Selain bunga, pesta konvokesyen harus dipenuhi dengan pesta jualan buku. Dengan adanya pesta buku pengunjung boleh mendapatkan sesuatu yang bermanfaat melalui aktiviti tersebut. Ini juga dapat member impak positif dalam menaikkan nama university sebagai pusat ilmu.
Pesta konvokesyen selalunya akan dihidangkan dengan konsert dan para artis jemputan yang terkemuka oleh penganjur. Ini sebenarnya memberi impak yang negative terhadap segelintir ibubapa yang merasakan konsert-konsert sedemikian akan mendekatkan anak-anak mereka kea rah aktiviti maksiat dan boleh merosakkan minda anak-anak muda. Seeloknya aktiviti tersebut tidak dilakukan berlebihan kerana dikhuatiri akan melalaikan pelajar.
Kesimpulannya, tahniah diucapkan kepada graduan yang telah berjaya menggenggam segulung ijazah. Di harap semoga produk yang lahir dapat melalui pengalaman yang diperolehi daripada university dapat diaplikasi di alam pekerjaan.

(313 patah perkataan)

Monday, October 1, 2012

kemahiran lain yang perlu kuasai dan sebab-sebabnya



Jumlah pengangguran di negara kita saban hari semakin meningkat. Hari ini pengaggur yang ada di Malaysia bukannya tidak berpelajaran malah terdiri daripada lepasan universiti. Untuk memasuki alam pekerjaan sijil akademik sahaja tidak cukup. Malah kemahiran juga dititikberatkan untuk membezakan antara setiap calon. Apabila kita tidak dapat menguasai kemahiran dengan baik, secara tidak langsung kita tidak akan dapat beraksi cemerlang dalam kerjaya kita.

Terdapat banyak kemahiran yang kita perlu kuasai, antaranya dalam bidang komunikasi. Ini penting kerana, apabila kita bercakap dengan pihak lain, maklumat yang hendak kita sampaikan itu jelas dan tidak mengelirukan pihak lain. Agar maklumat tersebut tidak bercanggah antara satu sama lain. Selain daripada itu, menguasai bahasa inggeris juga perlu dan apabila kita dapat bertutur dengan bahasa asing merupakan satu bonus untuk kita.

Kemahiran yang kedua yang perlu dikuasai untuk menghadapi alam kerjaya adalah tahap keyakinan dalam diri. Kebanyakan pelajar sekarang sering berasa tidak yakin terhadap diri sendiri dan malu untuk bersuara. Jika kita sendiri tidak yakin akan diri kita, bagaimana kita hendak menyuruh orang lain untuk yakin pada kita? Sekiranya kita mempunyai tahap keyakinan yang tinggi, kerja yang kita buat akan berjalan dengan lancar.

Kemahiran yang seterusnya adalah kepimpinan. Hendaklah diingatkan apabila kita memasuki alam pekerjaan, kita bukan hanya bekerja dengan diri sendiri malah kita akan bekerja secara berkumpulan dan akan melibatkan ramai orang. Oleh sebab itu sikap kepimpinan perlu ada supaya orang akan yakin untuk berkerjasama dengan kita. Selain itu, kita akan rasa lebih bertanggungjawab akan tugas yang diberikan pada kita dan sentiasa ingin melakukan yang terbaik.

Kesimpulannya, apabila kita dapat menguasai kemahiran-kamahiran ini, ia boleh mendorong kita melakukan pekerjaan dengan lebih berkesan. Ini kerana kemahiran ini boleh membangunkan karektar dan menentukan kemampuan seseorang dalam menyiapkan tugasnya.


(280 patah perkataan)